Extended Network Banners

Wednesday, January 27, 2010

keajaiban matematik di dalam al-quran



Tahukah anda bahawa al Quran mengandungi banyak kaitan dengan angka 19? Angka ini disebut di dalam al Quran di dalam surah al Muddaththir ayat 30: “ Di atasnya ada sembilan belas.” Angka ini turut menjadi kod di pelbagai tempat di dalam al Quran.Antaranya ialah:

Kalimah “bismillahirrahmanirrahim” mengandungi 19 huruf.

Al Quran mengandungi 114 surah iaitu 19 X 6.

Surah pertama yang diturunkan iaitu surah al ‘Alaq (surah ke-96) adalah surah ke-19 jika dibilang daripada belakang.

5 ayat pertama yang diturunkan mengandungi jumlah perkataan di dalamnya sebanyak 19 patah perkataan.

Surah pertama yang diwahyukan iaitu surah al ‘Alaq mengandungi 19 ayat dan 285 jumlah perkataan di dalamnya(19 x 5).

Surah an Nasr iaitu surah terakhir yang diwahyukan, juga mengandungi 19 perkataan. Tambahan pula,ayat pertama surah an Nasr yang menceritakan tentang pertolongan Allah, juga mengandungi 19 huruf.

Terdapat 114 basmalah di dalam al Quran (19 x 6).Jumlah surah di dalam al Quran yang dimulai dengan basmalah ialah 113. Satu-satunya surah yang tidak dimulakan dengan basmalah ialah surah ke-9 iaitu surah at-Taubah. Namun begitu terdapat 2 basmalah di dalam surah an Naml iaitu di permulaannya dan pada ayat ke-30, menjadi bilangan basmalah di dalam al Quran sebanyak 114 (19 X 6) kesemuanya!

No comments:

Post a Comment